PENGENALAN

Blog ini mula beroperasi pada 3/10/2007.Tujuan blog ini dibina untuk memberi maklumat tentang pergerakan Silat Seni Gayong Daerah Hulu Selangor demi memartabatkan lagi seni silat di daerah ini.

NAMA PERTUBUHAN

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Daerah Hulu Selangor

CARTA ORGANISASI

PENGERUSI
Tn. Hj. Omar B. Hj. Ali

N.PENGERUSI
En. Nor Izzuddin B. Sunarsa

SETIAUSAHA
En. Mohd Samsuri B. Hashim

N.SETIAUSAHA
En. Ahmad Hariz B. Abd Hafiz

BENDAHARI
En. Zahari B. Ismail

AJK
1.En. Saleh Hudin B. Hashim
2.En. Farizul B. Ghani
3.En. Mohd Jauhari B. Mohd Yusoff
4.En Luqman B. Zainordin

SEJARAH PENUBUHAN

Mula ditubuhkan pada tahun 1973 di Kuala Kubu Bharu di bawah Gurulatih bernama En. Amin.Mula bergerak aktif mulai tahun 1990 dibawah asuhan Cikgu Rauf(Bekas Juara Dunia).Waktu itu para pesilat aktif dilatih dalam pertandingan Silat Olahraga mewakili daerah sehingga peringkat negeri dan peringkat kebangsaan.Pada tahun 1995 telah diadakan kursus kejurulatihan Silat Seni Gayong di bawah pimpinan Cikgu Rosman b. Ismail.Kursus ini telah dapat melahirkan ramai gurulatih-gurulatih muda di daerah ini untuk meneruskan kesinambungan Silat Seni Gayong.Pada tahun 2000 pula pertubuhan ini telah digerakkan dengan lebih aktif lagi dengan usaha Cikgu Zahari b. Ismail.Bermula dari tahun ini juga,maka bergeraklah pertubuhan ini dengan lebih aktif lagi dengan membuka gelanggang di sekolah-sekolah rendah dan menengah sekitar daerah Hulu Selangor.Bermula dari saat ini juga pertubuhan ini mula aktif menyertai pertandingan silat seperti kejohanan pencak silat sekolah-sekolah,kejohanan SUKSES,Negeri dan Kebangsaan.
No posts.
No posts.